Friday, July 5, 2024
29.6 C
Brunei

    -

    Jom sertai kempen derma darah

    Oleh Salawati Haji Yahya –

    BANDAR SERI BEGAWAN, 24 JUN – Orang ramai diseru untuk tampil ke hadapan bagi sama-sama membantu meningkatkan bekalan darah di negara ini dengan menyertai kempen menderma darah.

    Dalam hubungan itu, Pusat Pendermaan Darah di Jabatan Perkhidmatan Makmal akan mengadakan kempen derma darah di beberapa lokasi di negara ini.

    Lokasi pertama kempen akan diadakan di Tingkat 2, Annajat Shopping Mall, Beribi, pada 25 Jun dari pukul 10 pagi hingga 3 petang, manakala itu, pada 27 Jun, kempen akan diadakan di Perpustakaan Dewan Bahasa dan Pustaka, Bandar Seri Begawan, bermula 9 pagi hingga 11:30 pagi.

    Pada 29 Jun, kempen akan diadakan di Basement, Chancellor Hall, Universiti Brunei Darussalam dari 10 pagi hingga 2:30 petang.

    Selain itu, Tabung Darah Hospital Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah, Tutong, juga akan mengadakan kempen derma darah di Dewan Masjid Hassanal Bolkiah, Pekan Tutong, anjuran Yayasan Kanser Kanak-kanak (YASKA), pada 30 Jun dari 8 pagi hingga 11:30 pagi.

    Orang ramai juga dialu-alukan untuk datang terus ke Pusat Pendermaan Darah di Hospital Raja Isteri Pengiran Anak Saleha untuk menderma darah pada waktu

    bekerja. Tempahan slot derma darah melalui aplikasi BloodKad bagi kempen-kempen berkenaan adalah sangat digalakkan.

    Gambar Freepik
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Waktu sarapan McDonald’s Australia dipendekkan

    SYDNEY, 4 JULAI – Rangkaian makanan segera McDonald’s di Australia telah memendekkan waktu perkhidmatan sarapan akibat kekurangan bekalan telur berikutan wabak selesema burung yang...