Wednesday, July 3, 2024
29.3 C
Brunei

    -

    Jom sertai kempen derma darah

    Oleh Sim Y. H. 

    BANDAR SERI BEGAWAN, 1 JULAI – Orang ramai diseru untuk tampil ke hadapan bagi sama-sama membantu mengekalkan bekalan darah di Negara Brunei Darussalam dengan mengambil bahagian dalam kempen-kempen menderma darah.

                Dalam hubungan itu, Pusat Pendermaan Darah di Jabatan Perkhidmatan Makmal, Kementerian Kesihatan akan mengadakan kempen-kempen derma darah yang dibukakan penyertaan kepada orang ramai pada 2 Julai di Theatre Hall, Kolej International Graduates Studies (KIGS), Kompleks Setia Kenangan, Kiulap bermula pukul 10 pagi hingga 2:30 petang.

    Pada 3 Julai, ia akan diadakan di Tingkat 8, Hotel Mulia, Anggerek Desa bermula 10 pagi hingga 2 petang, 4 Julai di Ruang Lobi, Jabatan Perkhidmatan Awam, Jalan Kumbang Pasang, Bandar Seri Begawan bermula 9 pagi hingga pukul 11:30 pagi dan 1:30 petang hingga 3 petang serta 6 Julai di Dewan Pameran Lexus, Gadong anjuran Rotary Club Bandar Seri Begawan bermula 9 pagi hingga 2 petang.

                Di samping itu, orang ramai juga dialu-alukan untuk datang terus ke Pusat Pendermaan Darah di Hospital Raja Isteri Pengiran Anak Saleha bagi menderma pada waktu bekerja bermula pukul 8 pagi hingga 11:30 pagi dan 1:30 petang hingga 3:30 petang.

                Para penderma darah yang berminat digalakkan untuk membuat tempahan slot derma darah melalui aplikasi BloodKad bagi kempen-kempen derma darah berkenaan.

    GAMBAR FAIL MUIZ MATDANI

     

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Kebakaran gas di lombong arang batu Australia berlarutan tiga hari

    SYDNEY, 3 JULAI – Sebuah lombong arang batu utama di Australia masih mengalami kebakaran gas bawah tanah yang telah berlarutan selama tiga hari selepas...