Oleh Sim Y. H.
BANDAR SERI BEGAWAN, 21 JULAI – Orang ramai diseru untuk tampil ke hadapan bagi sama-sama membantu meningkatkan bekalan darah di Negara Brunei Darussalam dengan mengambil bahagian dalam kempen-kempen menderma darah.
Dalam hubungan itu, Pusat Pendermaan Darah di Jabatan Perkhidmatan Makmal, Kementerian Kesihatan akan mengadakan kempen-kempen derma darah yang dibuka kepada orang ramai pada 22 Julai di Tingkat 1, Dewan Karamunting, Pihak Berkuasa Maritim dan Pelabuhan Brunei Darussalam, Jalan Pelabuhan Muara bermula pukul 9 pagi hingga pukul 11.30 pagi,
Seterusnya pada 23 Julai di Bilik Utara, Tingkat 2, Bangunan The One, Jalan Laksamana Abdul Razak, Batu Satu bermula pukul 10 pagi hingga pukul 3 petang.
Berikutnya pada 25 Julai di Tingkat 5, Bilik Mesyuarat, Bangunan Jabatan Imigresen dan Pendaftaran Kebangsaan, Jalan Menteri Besar, Berakas bermula pukul 9 pagi hingga pukul 11.30 pagi.
Pada masa yang sama, orang ramai adalah juga dialu-alukan untuk tampil ke hadapan bagi menderma darah untuk sama-sama membantu mengekalkan bekalan stok darah dengan datang terus ke Pusat Pendermaan Darah di Hospital Raja Isteri Pengiran Anak Saleha (RIPAS) bagi menderma darah pada waktu bekerja bermula pukul 8 pagi hingga 11.30 pagi dan pukul 1.30 petang hingga 3.30 petang.
Para penderma darah yang berminat adalah digalakkan untuk membuat tempahan slot derma darah melalui aplikasi BloodKad untuk menyertai kempen derma darah berkenaan.


