Tuesday, September 17, 2024
23.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Jom sertai kempen derma darah

    Oleh Sim Y. H. –

    BANDAR SERI BEGAWAN, 2 SEPT – Orang ramai diseru untuk tampil ke hadapan bagi sama-sama membantu meningkatkan bekalan darah dengan terlibat sama dalam kempen-kempen menderma darah.
     
    Sehubungan itu, Pusat Pendermaan Darah di Jabatan Perkhidmatan Makmal, Kementerian Kesihatan akan mengadakan kempen derma darah yang dibukakan penyertaannya kepada orang ramai pada 3 September di Tingkat Bawah, Pusat Membeli-belah Onecity, Kampung Sungai Hanching bermula pukul 10 pagi hingga pukul 3 petang dan pada 7 September di Ruang Lobi, Balai Khazanah Sultan Haji Hassanal Bolkiah, Jalan Babu Raja, Bandar Seri Begawan bermula pukul 9 pagi hingga pukul 11:30 pagi dan pukul 1:30 petang hingga pukul 3:30 petang.
     
    Orang ramai juga dialu-alukan untuk terus datang ke Pusat Pendermaan Darah di Hospital Raja Isteri Pengiran Anak Saleha bagi menderma darah pada waktu bekerja bermula 8 pagi hingga 11:30 pagi dan 1:30 hingga 3:30 petang.
     
    Para penderma darah yang berminat digalakkan untuk membuat tempahan slot derma darah melalui aplikasi BloodKad bagi kempen derma darah berkenaan.
     
    Gambar Freepik
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda