Thursday, March 6, 2025
23.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    Jom sertai kempen derma darah

    Oleh Sim Y. H.

    BANDAR SERI BEGAWAN, 6 MAC – Orang ramai diseru untuk tampil ke hadapan bagi sama-sama membantu meningkatkan bekalan stok darah di Negara Brunei Darussalam dengan mengambil bahagian dalam kempen-kempen menderma darah.

    Dalam hubungan itu, Pusat Pendermaan Darah di Jabatan Perkhidmatan Makmal, Kementerian Kesihatan akan mengadakan kempen-kempen derma darah yang dibuka kepada orang ramai pada esok 7 dan 8 Mac di Common Area, Blok B, Tingkat 1, The One Mall, Batu Satu bermula pukul 8 malam hingga pukul 10 malam.

    Orang ramai yang bukan berugama Islam dan tidak berpuasa adalah juga dialu-alukan untuk datang terus ke Pusat Pendermaan Darah di Hospital Raja Isteri Pengiran Anak Saleha (RIPAS) atau mana-mana tabung darah yang berdekatan di seluruh negara untuk menderma darah pada waktu bekerja dari pukul 8 pagi hingga pukul 1 petang.

    Para penderma darah yang berminat adalah digalakkan untuk membuat tempahan slot derma darah melalui aplikasi BloodKad bagi kempen derma darah berkenaan.

    Orang ramai dialu-alukan sertai kempen derma darah di The One Mall malam esok. – Gambar Pixabay
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda