Tuesday, July 15, 2025
27.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    Jom sertai kempen derma darah

    Oleh Nurdiyanah R. –

    BANDAR SERI BEGAWAN, 22 JUN – Pusat Pendermaan Darah di Jabatan Perkhidmatan Makmal, Kementerian Kesihatan, akan mengadakan kempen derma darah sekitar minggu ini.

    Sehubungan itu, orang ramai diseru untuk menyertai kempen-kempen tersebut dan sekali gus menderma darah bagi sama-sama membantu meningkatkan bekalan darah di negara ini.

    Pada 23 Jun ini, kempen derma darah akan diadakan di Tingkat 1, Bank Standard Chartered, Cawangan Gadong bermula dari jam 10 pagi hingga 3 petang. Pada 24 Jun, kempen derma darah akan dijalankan di Ibu Pejabat AIA Brunei, Tingkat 5, Pavo Point, Bandar Seri Begawan bermula dari jam 10 pagi hingga 3 petang.

    Pada 25 Jun, kempen seumpamanya turut diadakan di McDonald’s Jerudong anjuran Brunei Gas Carrier bermula dari jam 9 pagi hingga 11:30 pagi; dan 1 petang hingga 3:30 petang. Kemudian pada 26 Jun, kempen derma darah akan diadakan di Pusat Persidangan Antarabangsa, Berakas anjuran imagine Sdn Bhd semasa Pesta Pengguna 2025 bermula dari jam 10 pagi hingga 3 petang.

    Dalam pada itu, orang ramai juga dialu-alukan untuk datang terus ke Pusat Pendermaan Darah di Hospital Raja Isteri Pengiran Saleha (RIPAS) untuk menderma darah pada waktu bekerja bermula 8 pagi hingga 11:30 pagi; dan 1:30 petang hingga 4 petang.

    Tempahan slot derma darah melalui aplikasi BloodKad bagi kempen derma darah adalah sangat digalakkan.

    GAMBAR FAIL MUIZ MATDANI
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda