Monday, July 21, 2025
26.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Jom sertai kempen derma darah

    Oleh Sim Y. H.

    BANDAR SERI BEGAWAN, 20 JULAI – Orang ramai diseru untuk tampil ke hadapan bagi sama-sama membantu meningkatkan bekalan darah di Negara Brunei Darussalam dengan mengambil bahagian dalam kempen-kempen menderma darah.

    Dalam hubungan itu, Pusat Pendermaan Darah di Jabatan Perkhidmatan Makmal, Kementerian Kesihatan akan mengadakan kempen derma darah yang dibukakan penyertaan kepada orang ramai pada esok 21 Julai di Dewan Atria Simpur, Bangunan Jabatan Kerja Raya, Jalan Lapangan Terbang Lama, Berakas bermula pukul 9 pagi hingga pukul 11.30 pagi dan pukul 1.30 petang hingga pukul 3.30 petang.

    Seterusknya kempen juga diadakan pada 23 Julai di Ruang Lobi, Jabatan Perkhidmatan Awam, Jalan Kumbang Pasang bermula pukul 9 pagi hingga pukul 11.30 pagi dan pukul 1.30 petang hingga pukul 3.30 petang serta dan pada 26 Julai di Dewan Salambigar, Sekolah Menengah Sultan Sharif Ali, Kampung Salambigar bermula pukul 1.30 petang hingga pukul 3.30 petang.

    Di samping itu, orang ramai adalah juga dialu-alukan untuk tampil ke hadapan bagi menderma darah untuk sama-sama membantu meningkatkan bekalan darah, dengan datang terus ke Pusat Pendermaan Darah di Hospital Raja Isteri Pengiran Anak Saleha untuk menderma darah pada waktu bekerja bermula pukul 8 pagi hingga 11.30 pagi dan pukul 1.30 petang hingga 4 petang.

    Para penderma darah yang berminat adalah digalakkan untuk membuat tempahan slot derma darah melalui aplikasi BloodKad bagi kempen derma darah berkenaan.

    Gambar Pexels
    Jadual kempen derma darah serahan MOH.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda