Wednesday, May 14, 2025
25.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    Jom sertai kempen derma darah hari ini dan 5 Jun

    BANDAR SERI BEGAWAN, 1 JUN – Kementerian Kesihatan, melalui Pusat Pendermaan Darah, Jabatan Perkhidmatan Makmal dengan kerjasama Brunei MYCE, Unicorp (B) Sdn Bhd dan Myanmar Association mengalu-alukan orang ramai menyertai kempen derma darah.

    Menurut kenyataan yang dikeluarkan kementerian berkenaan, di sini, kempen derma darah anjuran Brunei MYCE akan diadakan pada 2 Jun bermula dari 10 pagi hingga 2 petang bertempat di Pusat Persidangan Antarabangsa Berakas, manakala kempen derma darah anjuran Unicorp (B) Sdn Bhd akan diadakan pada 5 Jun ini di Kompleks Perindustrian Beribi, bermula dari 10 pagi hingga 3 petang dan dan kempen derma darah anjuran Myanmar Association akan diadakan pada 5 Jun di Pusat Pendermaan Darah Hospital Raja Isteri Pengiran Anak Saleha (RIPAS), bermula dari 7:30 malam hingga 9 malam.

    Pada masa yang sama, Pusat Pendermaan Darah Hospital RIPAS dan kesemua hospital adalah beroperasi seperti biasa di mana orang ramai boleh mengunjungi pusat itu pada waktu bekerja untuk menderma darah. Orang ramai juga dibolehkan untuk menggunakan tempat letak kereta secara percuma di Blok 10 Hospital RIPAS selama 2 jam.

    Kenyataan menyatakan bahawa waktu pendaftaran menderma darah di Pusat Pendermaan Darah adalah dari pukul 8:15 pagi hingga 11:45 pagi dan 1:30 petang hingga 4 petang.
    Untuk maklumat lanjut atau membuat tempahan bolehlah hubungi Pusat Pendermaan Darah di talian 2242424 sambungan 5745, 6001 atau 6002 atau emel kepada bloodbank@moh.gov.bn.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda