Ahad, 23 November 2025
27.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    Jom tambah bekalan darah negara

    Oleh Sim Y. H.

    BANDAR SERI BEGAWAN, 23 NOV – Orang ramai diseru untuk tampil ke hadapan bagi sama-sama bantu meningkatkan bekalan darah di Negara Brunei Darussalam dengan mengambil bahagian dalam kempen-kempen menderma darah.

    Dalam hubungan itu, Pusat Pendermaan Darah di Jabatan Perkhidmatan Makmal, Kementerian Kesihatan akan mengadakan kempen derma darah yang dibukakan penyertaan kepada orang ramai pada esok, 24 November di Dewan Muhibbah, Jabatan Daerah Brunei dan Muara, Jalan Muhibbah Sempena Acara Kenali KementerianKu anjuran Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri bermula pukul 9 hingga pukul 11 pagi dan pukul 1 petang hingga pukul 3 petang serta pada 29 November di Honda Showroom, Jalan Gadong bermula pukul 10 pagi hingga pukul 2.30 petang.

    Di samping itu, orang ramai adalah juga dialu-alukan untuk tampil ke hadapan bagi menderma darah untuk sama-sama membantu meningkatkan bekalan stok darah, dengan datang terus ke Pusat Pendermaan Darah di Hospital Raja Isteri Pengiran Anak Saleha bagi menderma darah pada waktu bekerja bermula pukul 8 pagi hingga 11.30 pagi dan pukul 1.30 petang hingga 4 petang.

    Jadual serahan Kementerian Kesihatan

    Para penderma darah yang berminat adalah digalakkan untuk membuat tempahan slot derma darah melalui aplikasi BloodKad bagi kempen derma darah berkenaan.

    Gambar hiasan Pixabay
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda