Sabtu, 22 November 2025
29.4 C
Brunei

    Berita Terkini

    Jom tingkatkan bekalan darah negara

    Oleh Salawati Haji Yahya

    BANDAR SERI BEGAWAN, 11 OGOS – Pusat Pendermaan Darah di Jabatan Perkhidmatan Makmal akan mengadakan kempen-kempen derma darah dan orang ramai adalah diseru untuk menyertai kempen tersebut, sekali gus menderma darah bagi sama-sama membantu meningkatkan bekalan darah di negara ini.

    Kempen akan bermula pada 12 Ogos ini, bermula jam 10 pagi hingga 3 petang di Tingkat 2, Kompleks Annajat, Beribi, dan kemudian pada 13 Ogos, bermula jam 9 pagi hingga 11:30 pagi, manakala pada sebelah petang bermula jam 1 petang hingga 3 petang di Aras Bawah, Bangunan RTB, Sungai Akar sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Perkhidmatan TV ke-49.

    Kempen kemudiannya diteruskan di Sekolah Penerbangan, IBTE, Jalan Utama Berakas pada 15 Ogos, bermula jam 9 pagi hingga 12 tengah hari, dan di Aras Bawah, Nira Store, Sunway Centre Sungai Tilong pula akan diadakan pada 17 Ogos, dari jam 10 pagi hingga 3 petang.

    Orang ramai juga dialu-alukan untuk datang ke Pusat Pendermaan Darah, Hospital Raja Isteri Pengiran Anak Saleha (RIPAS) pada 18 Ogos 2024 pada pukul 9 pagi hingga 11:30 pagi.

    Sehubungan itu, orang ramai adalah juga dialu-alukan untuk datang terus ke Pusat Pendermaan Darah di Hospital RIPAS untuk menderma darah pada waktu bekerja bermula jam 8 hingga 11:30 pagi dan 1:30 hingga 3:30 petang.

    Tempahan slot derma darah melalui aplikasi BloodKad bagi kempen derma darah adalah sangat digalakkan.

    – GAMBAR FAIL MUIZ MATDANI
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda