Wednesday, July 16, 2025
32.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Jonathan Frizzy ditahan akibat kes vape dan dadah

    Pelakon Jonathan Frizzy akhirnya disahkan ditahan atas kes penyalahgunaan vape yang mengandungi dadah terlarang.

    Setelah dokumen kesnya lengkap atau P21, lelaki yang mesra dipanggil Ijonk, kini diserahkan kepada Pejabat Pendakwa Negeri Kota Tangerang dan kini berstatus sebagai tertuduh.

    Walaupun keluarga kepada pelakon terkenal itu sudah memohon penangguhan tahanan, pihak pendakwa tetap memutuskan untuk menahan Jonathan Frizzy.

    “Keluarga tadi sudah memohon penangguhan tahanan,” kata Ketua Seksyen Intelijen Kejari Kota Tangerang, AA Made Suarja Teja Buana, dipetik dari Liputan6.com.

    Pada Ahad lalu, beliau masih berada di Balai Polis Lapangan Terbang Soekarno-Hatta, Tangerang, Banten sebelum dipindahkan ke Penjara Pemuda Tangerang pada minggu ini.

    Jonathan Frizzy ditahan atas penyalahgunaan vape dan dadah. – kapan lagi

    Menurut Kapan Lagi, penahanan itu dilakukan sebagai langkah mempercepatkan proses undang-undang serta menunjukkan bahawa tiada layanan istimewa diberikan kepada Jonathan Frizzy.

    Beliau adalah satu daripada empat suspek dalam kes vape dadah terlarang bersama BTR, EDS, dan ER yang sebelum ini telah disahkan sihat oleh pasukan perubatan.

    Proses perundangan masih berjalan, termasuk persiapan untuk perbicaraan yang akan diadakan dalam masa terdekat.

    “Jadual perbicaraan menunggu kami serahkan kes. Kami akan serahkan paling cepat Isnin jam 10 pagi ke Mahkamah menunggu jadual Mahkamah.

    “Pendakwa raya sudah sedia. Tiga pendakwa raya mengendalikan kes ini,” kata Made Suarja. – Agensi

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda