Monday, September 16, 2024
27.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    Jong Hyun tampil dalam drama What Comes After Love

    Platform penstriman Coupang Play memperkenalkan drama baharu bertajuk What Comes After Love dan telah mendedahkan imej pertama pelakon utama, Hong Jong Hyun.

    Drama romantik ini diadaptasi daripada novel terlaris hasil karya penulis terkenal Korea Selatan, Gong Ji Young, dan penulis Jepun, Tsuji Hitonari.

    Memetik laporan Soompi, kisah tersebut mengisahkan percintaan antara seorang wanita Korea dan lelaki Jepun yang bertemu dan jatuh cinta di Jepun, sebelum bersatu semula di Korea selepas lima tahun berpisah.

    Hong Jong Hyun memegang watak Min Joon, seorang kekasih setia kepada watak Hong, yang dilakonkan oleh Lee Se Young.

    Min Joon digambarkan sebagai seorang yang setia dan penuh kasih sayang, sentiasa berada di sisi Hong walau dalam apa jua keadaan. Namun, kedamaian hubungan mereka diuji apabila bekas kekasih Hong, Jungo (lakonan Sakaguchi Kentaro), kembali selepas lima tahun.

    Imej promosi pertama menunjukkan tatapan penuh kasih sayang Min Joon terhadap Hong, serta ekspresi wajahnya yang risau dalam situasi yang tidak dijangka, memberikan gambaran konflik yang akan dihadapi dalam jalan cerita drama tersebut. – Agensi

    Jong Hyun semasa melakonkan watak Min Joon, seorang kekasih setia kepada watak Hong, yang dilakonkan oleh Lee Se Young. – Soompi
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda