Pelakon Song Jong Ki mendedahkan dia banyak terlibat dalam drama dan filem sebagai watak tambahan sebelum terkenal.
Mengimbau kembali pengalaman pertama di lokasi penggambaran, Jong Ki berkata dia amat lega berjaya menghabiskan dialog yang diberikan.
“Saya hanya memainkan watak sampingan untuk menimba pengalaman.
“Pertama kali berlakon saya sudah diberikan sebaris dialog dan ia adalah satu yang amat bermakna buat saya.
“Saya rasa amat lega apabila berjaya menghabiskan dialog dan menerima tanda bagus daripada pengarah. Kenangan itu sangat indah,” katanya seperti yang dipetik dari Soompi.
Menurut Jong Ki walaupun itu merupakan pengalaman pertama dia tidak merasa gementar malah teruja membawakan watak peguam dalam drama Get Karl! Oh Soo Jung.
“Saya dapat tahu persaingan untuk mendapatkan peranan tersebut sangat hebat.
“Ketika di lokasi, pelakon senior yang lain banyak membantu untuk saya berhadapan dengan kamera,” jelasnya. – Agensi
