Selepas 30 tahun bergelar selebriti, penyanyi Korea, Kim Jong Kook akhirnya membeli sebuah vila mewah bernilai KRW6.2 bilion atau RM18,678,120 pada April lalu.
Memetik laporan Biz. Chosun, rumah mewah itu terletak di kawasan elit di Seoul iaitu Gangnam.
Lebih menarik perhatian lagi apabila ia dibeli secara tunai memandangkan tiada gadai janji di dalam pendaftaran hartanah tersebut.
Malah segala proses pembelian didakwa selesai dalam masa sehari.
Menurut sumber, Jong Kook akan mula menetap di vila mewah tersebut pada Jun depan.
Kawasan berkenaan antara penempatan selebriti yang mementingkan privasi kerana dilengkapi dengan 180 kamera litar tertutup (CCTV) dan dinding luar lima lapisan.
Memetik laporan mStar, selain Jong Kook, pelakon Jang Geun-suk dan Lee Yo-won dipercayai turut menetap di kawasan berkenaan.
Sebelum ini, Jong Kook dilaporkan memiliki kekayaan sebanyak KRW100 bilion (RM304 juta) namun dia terkenal dengan sikap kedekutnya.
Dia juga pernah mendedahkan masih memakai seluar dalam berlubang untuk kegunaan harian. – Agensi
