Monday, March 17, 2025
23.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    Jong Seo teruja berlakon di Hollywood

    Dalam satu temu bual dan sesi bergambar untuk majalah Esquire Korea baru-baru ini, Jeon Jong Seo (gambar bawah) bercakap mengenai pengalamannya membuat penggambaran filem di Hollywood.

    Selepas menjadi popular menerusi lakonannya dalam filem pengarah Lee Chang Dong yang memenangi anugerah ‘Burning’ pada tahun 2018, Jeon Jong Seo baru-baru ini mengakhiri penggambaran untuk filem Hollywood akan datang ‘Mona Lisa and the Blood Moon.’

    Satu filem fantasi yang diarah oleh Ana Lily Amirpour, ‘Mona Lisa and the Blood Moon’ juga akan membintangi aktres Amerika terkenal Kate Hudson, bersama pelakon Craig Robinson dan Ed Skrein. Pengarah Ana Lily Amirpour dikatakan telah berjumpa dengan Jeon Jong Seo untuk memintanya menguji bakat untuk watak utama selepas berasa kagum dengan lakonannya dalam ‘Burning.’

    Menyifatkan dua tahun yang penuh peristiwa sejak menjadi popular, Jeon Jong Seo berkongsi, “Saya telah menumpu sepenuhnya pada kerja saya. Buat masa sekarang saya sedang menunggu pengeluaran filem saya ‘Mona Lisa and the Blood Moon’, yang telah mengakhiri penggambaran, dan filem ‘Call.’

    Mengenai pengalaman terbaharunya di Hollywood, aktres itu berkata, “Persekitaran penggambaran adalah lain berbanding set penggambaran Korea.” – Agensi

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda