Sunday, July 13, 2025
32.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    Jongkong emas untuk orang awam

    SINGAPURA, 18 SEPT – Suka memiliki jongkong emas anda sendiri sehingga anda boleh berasa teruja dan berswafoto dengannya?

    Dengan koronavirus mencetuskan permintaan untuk aset selamat bagi pelabur menyimpan wang mereka, sebuah bursa Singapura sedang menawarkan pelabur kecil-kecilan apa yang dikatakannya cara lebih mudah untuk mendapatkan logam berharga itu.

    Bursa Logam Berharga Singapura berusaha menghapuskan tanggapan bahawa perniagaan dalam bulion hanya untuk pelabur profesional atau golongan berada sahaja, dengan menawarkan jumlah jongkong kecil dengan harga berpatutan yang boleh dibeli menggunakan aplikasi telefon.

    “Apabila kami memulakan perniagaan satu dekad lalu, jelasnya kami menarik kumpulan elit, orang yang mempunyai wang,” beritahu ketua eksekutif Victor Foo kepada AFP.

    “Namun kini sudah menjadi aspirasi kami untuk menawarkannya kepada pasaran awam.”
    Harga satu auns emas mencecah AS$2,000 untuk kali pertama pada bulan lalu, didorong kebimbangan mengenai impak virus ke atas ekonomi serta inflasi masa depan, dan Foo berkata jualan telah meningkat sejak kebelakangan ini.

    Namun 80 peratus daripada pelanggannya masih terdiri daripada individu kaya dan tawaran paling popular bursa adalah jongkong emas satu kilogram. Dengan harga kira-kira AS$70, anda boleh membeli satu gram – wafer sebesar saiz kad memori SD, sementara jongkong mini dengan berat lima, sepuluh, 50 dan 100 gram juga boleh diperoleh.

    SGPMX berkata ia adalah bursa logam berharga pertama di dunia yang disokong oleh bulion fizikal, dan pelabur boleh datang pada bila-bila masa untuk melihat aset mereka.

    Jongkong emas disimpan di La Freeport, bilik kebal yang dikawal ketat seperti Fort Knox berhampiran lapangan terbang utama negara kota yang didirikan untuk menempatkan harta dari seluruh dunia dan juga koleksi seni peribadi. – AFP

    Gambar bertarikh 15 September 2020 menunjukkan jongkong emas dengan berat 50 dan 100 gram dipamerkan di Bursa Logam Berharga Singapura di Le Freeport di Singapura. – AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda