Thursday, December 26, 2024
25.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    Jonny Hayes patah kaki

    GLASGOW, 28 Dis – Pemain sayap Celtic Jonny Hayes dijangka akan terlepas keseluruhan musim ini selepas mengalami patah kaki ketika juara Scotland memperolehi kemenangan 2-0 di Dundee.

    Hayes terpaksa dikeluarkan pada separuh masa pertama susulan terjahan keras yang dilakukan pemain pertahanan Dundee, Josh Meekings tempoh hari dalam saingan Liga Perdana Scotland.

    Pemain berusia 30 tahun itu menjaringkan gol pertama untuk pendahulu liga itu ketika menentang Aberdeen Sabtu lepas.

    Kenyataan dari laman sesawang Celtic mendedahkan Hayes telah menjalani pembedahan dan berkemungkinan besar tidak akan beraksi lagi untuk kempen ini.

    “Kelab Bola Sepak Celtic telah melaporkan bahawa Jonny Hayes mengalami patah kaki semasa perlawanan menentang Dundee di Dens Park semalam.

    Jonny telah menjalani pembedahan hari ini dan akan diketepikan untuk tempoh yang lama di mana dia sudah memulakan rawatan untuk mengembalikan kecergasan.

    “Dia akan menjalani pemulihan penuh tetapi mungkin tidak akan beraksi lagi musim ini.

    “Dia akan menerima rawatan yang terbaik sepanjang bulan mendatang sementara seluruh keluarga di Celtic akan sentiasa bersama Jonny.” – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda