Monday, December 23, 2024
23.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    Joo Yeon, bekas suami mahu kembali bersama

    Selepas beberapa bulan berpisah, pelakon Jung Joo Yeon mengumumkan dia dan bekas suaminya sudah kembali berbaik.

    Joo Yeon menjelaskan mereka bersepakat untuk hidup bersama semula selepas sedar keputusan yang dibuat salah, dedah mStar.

    “Saya ada berita baik untuk semua, pada awalnya saya kira yang saya tak sesuai berkahwin sebab itu saya undur diri dan kemas barang-barang saya balik ke rumah ibu bapa.

    “Selepas beberapa bulan, saya rasakan keputusan dibuat salah. Sebab itu kami mengambil keputusan untuk kembali hidup bersama,” katanya.

    Joo Yeon berkongsi perkara itu ketika ditemu bual menerusi rancangan MBN Sungpul Show Dongchimi yang disiarkan pada 19 Oktober lalu.

    Dalam pada itu, Joo Yeon memberitahu hubungannya dengan bekas suami semakin erat selepas perpisahan sementara berkenaan.

    Sebelum ini, Joo Yeon memutuskan untuk bercerai selepas enam bulan mendirikan rumah tangga. – Agensi

    Joo Yeon kembali berbaik dengan bekas suaminya selepas beberapa bulan berpisah. – BollywoodShaadis
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda