Song Joong-ki telah meluahkan perasaan terhadap filem terbaharunya yang akan datang My Name is Loh Kiwan.
Pada 27 Februari, satu sidang media bagi filem terbaru Netflix iaitu My Name Is Loh Kiwan telah dijalankan di sebuah hotel, di mana, pelakon utama bagi filem tersebut, Song Joong-ki telah berkongsi pandangannya mengenai filem itu, lapor Kimchi Daily.
“Ini merupakan kali pertama saya berlakon menggunakan dialek dari awal sehingga habis dan saya sebenarnya dah lama nak cuba perkara ini,” Kata Joong-ki.
“Skrip filem ini lain daripada yang lain, dan saya juga dapat tunjukkan sisi baru saya yang lebih segar buat peminat. Tambahan pula, berlakon dengan menggunakan bahasa Korea Utara sangat menyeronokkan dan saya sangat berpuas hati dengan filem ini,” tambahnya.
Sementara itu, My Name Is Loh Kiwan merupakan filem yang mengisahkan tentang seorang pembelot Korea Utara yang lari ke Belgium dan berjumpa serta jatuh cinta dengan seorang wanita yang kehilangan hala tuju hidupnya.
Filem yang dinantikan ramai itu akan mula ditayangkan di Netflix bermula 1 Mac ini. – Agensi