Saturday, May 10, 2025
26.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    Jordan bakal hantar pulang ekspatriat tidak divaksinasi

    AMMAN, 31 OKT – Kementerian Dalam Negeri Jordan mengesahkan bahawa langkah tegas akan diambil terhadap ekspatriat yang tidak menerima dua dos vaksin COVID-19.

    Dalam satu kenyataan pada Sabtu, Agensi Berita Petra melaporkan kementerian memaklumkan mulai 15 Disember ekspatriat yang tidak divaksinasi akan dihantar pulang.

    “Keputusan itu diambil bertujuan melindungi kesihatan awam,” menurut kementerian, sambil menyatakan bahawa menggalakkan ekspatriat mendapatkan vaksin juga adalah untuk melindungi mereka daripada jangkitan pada masa depan dan menularkan penyakit itu kepada orang lain.

    Ekspatriat dibenarkan menda-patkan vaksin secara percuma, tanpa perlu mengemukakan permit re-siden atau permit kerja. – Bernama

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda