Friday, February 21, 2025
22.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Jordan, Kuwait meterai perjanjian AS$65 juta

    AMMAN, 18 FEB – Jordan menandatangani dua perjanjian dengan Kuwait Fund for Arab Economic Development kelmarin, memperoleh dana sekitar AS$65 juta bagi membiayai projek pendidikan dan infrastruktur, menurut Kementerian Perancangan dan Kerjasama Antarabangsa Jordan, lapor Xinhua.

    Setiap perjanjian bernilai 10 juta dinar Kuwait (kira-kira AS$32.6 juta) akan digunakan untuk fasa ketiga Projek Infrastruktur Pendidikan Awam serta Projek Pemulihan Jalan dan Jambatan, menurut kementerian itu dalam satu kenyataan.

    Pembiayaan itu merupakan sebahagian daripada program pinjaman konsesi bernilai AS$500 juta daripada Kuwait, yang dijanjikan pada Sidang Kemuncak Mekah 2018 bagi menyokong keutamaan pembangunan di Jordan.

    Sejak 1962 hingga 2024, kerjasama pembangunan antara Jordan dan Kuwait Fund berjumlah kira-kira AS$2.1 bilion, termasuk sekitar AS$1.33 bilion dalam bentuk geran dan kira-kira AS$778 juta dalam pinjaman konsesi, menurut kementerian itu. – Bernama

    Gambar Envato
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda