AMMAN, 2 Okt – Jordan kelmarin telah menaikkan harga beberapa jenis bahan api antara satu dan lima peratus, agensi berita Petra yang dikendalikan oleh kerajaan melaporkan.
Jordan menaikkan harga tersebut berikutan dengan kenaikan harga bahan api global, kata jawatankuasa kerajaan yang bertanggungjawab menetapkan harga minyak. Harga petrol tanpa plumbum 90 oktana meningkat sebanyak satu peratus, dan petrol tanpa plumbum 95 oktana meningkat sebanyak dua peratus dan bahan api berat sebanyak lima peratus, kata jawatankuasa itu. – Xinhua