Monday, May 12, 2025
25.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Jordan perkenal visa pelancong kemasukan berbilang baharu

    AMMAN, 12 APRIL – Jordan kelmarin mengumumkan visa pelancong kemasukan berbilang baharu yang sah digunakan bagi tempoh lima tahun, lapor Xinhua memetik agensi berita Petra.

    Menteri Dalam Negeri Mazen Faraya berkata visa baharu itu membenarkan pemegangnya bermastautin di negara itu selama tiga bulan setiap kali kunjungan. Langkah itu diambil bagi menarik kedatangan pelancong, ahli perniagaan dan pelabur, menggalakkan pembangunan, dan meningkatkan sektor ekonomi negara.

    Kementerian menerusi jawatankuasa teknikal khusus akan mengkaji semula prosedur bagi meningkatkan peranannya dalam mempromosikan pelaburan dan memudahkan perjalanan pergi balik, kata Faraya. – Bernama

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda