Sunday, March 16, 2025
23.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    Jordan Pickford berjaya tutup mulut pengkritik

    LONDON, 1 JULAI – Penjaga gol England, Jordan Pickford berjaya menutup mulut pengkritik apabila membuktikan dia menjadi orang terakhir di barisan pertahanan yang mempamerkan aksi mengagumkan apabila masih belum melepaskan sebarang gol menjelang perlawanan suku akhir menentang Ukraine.

    Kejayaan pertama England mengatasi Jerman di pusingan kalah mati selepas 55 tahun disahkan menerusi jaringan Raheem Sterling dan Harry Kane di Wembley pada Selasa lalu.

    Tetapi aksi Pickford yang sering dikritik itu menjadi pembakar semangat untuk dia beraksi cemerlang dan menang 2-0 seterusnya menempah tempat ke suku akhir di Rom Sabtu ini.

    Pemain berusia 27 tahun itu menyelamatkan percubaan Timo Werner pada separuh masa pertama dan juga menyelamatkan percubaan Kai Havertz.

    Ketika England mendahului perlawanan, Pickford keluar garisan untuk menghalang percubaan Thomas Mueller sekali gus membuatkan Jerman kehilangan peluang keemasan menyamakan kedudukan.

    “Saya berlatih bersungguh-sungguh sepanjang minggu untuk menjadi yang terbaik agar boleh disenaraikan dalam skuad,” kata Pickford.

    “Saya fikir saya menyelamatkan dua percubaan merbahaya setakat ini. Suasana sangat mengagumkan. Ia memberikan kami satu dorongan besar Sabtu ini. Ia satu lagi peluang. Kami akan bersedia untuk apa saja yang mereka lakukan menentang kami.”

    Kecemerlangan Pickford amat melegakan terutamanya penjaga gol itu berada di dalam tekanan tahun lalu kerana kesilapan yang dilakukan ketika bersama Everton.

    Carlo Ancelotti yang ketika itu mengendalikan Everton, memberi amaran bahawa dia perlu memperbaiki kelemahan dan mengetepikannya ketika perlawanan Liga Perdana Inggeris menentang Newcastle pada November. – AFP

    Aksi penjaga gol England, Jordan Pickford ketika menangkap bola semasa perlawanan pusingan 16 akhir UEFA EURO 2020 menentang Jerman di Stadium Wembley, pada 29 Jun lalu. – AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda