AMMAN, 27 OGOS – Jordan kelmarin telah mengumumkan rancangannya untuk membina kilang panel solar utama di kawasan tenggara Lapangan Terbang Antarabangsa Amman, menurut laporan agensi berita yang dikendalikan kerajaan, Petra.
Kilang itu akan menelan belanja sekitar AS$141 juta dan dijangka mewujudkan lebih daripada 500 pekerjaan.
Kilang yang akan dibiayai oleh pelaburan Jordan itu, meliputi kawasan seluas 13 hektar dan akan memulakan pengeluaran menjelang akhir 2023, menurut kenyataan kerajaan Jordan.
Pelan itu diumumkan pada forum A Year on Modernization yang diadakan di kawasan Laut Mati Jordan kelmarin. Lebih 600 pegawai dan pakar daripada pelbagai sektor menyertai forum tersebut. – Xinhua