Thursday, February 6, 2025
22.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Jorge Martin dikejar ke hospital

    SEPANG, 5 FEB – Juara dunia MotoGP, Jorge Martin, dikejarkan ke hospital, hari ini, selepas terjatuh pada hari pertama ujian pramusim di Malaysia.

    Pemandu berusia 27 tahun itu, yang berpindah ke Aprilia selepas memenangi kejuaraan 2024 untuk Pramac Ducati, melaporkan kesakitan di kaki kiri dan tangan kanan selepas terjatuh di selekoh kedua litar Sepang – kemalangan keduanya dalam sesi tersebut.

    Martin telah menamatkan 13 pusingan apabila dia kehilangan kawalan ke atas motosikal baharunya dan terpelanting tinggi ke udara.

    Pemandu dari Sepanyol itu mendarat keras di kaki kiri sebelum kepalanya terhantuk di atas asfalt, menyebabkan bendera merah dikibarkan untuk menghentikan sesi hari pertama itu. Dia dikejarkan ke hospital berdekatan untuk pemeriksaan.

    Jorge Martin berjalan tanpa cedera selepas kemalangan pertama awal dalam sesi tersebut.

    Pemandu pasukan Trackhouse, Raul Fernandez dari Sepanyol, turut terjatuh pada hari pertama ujian yang penuh kejadian itu dan disahkan tidak dapat meneruskan dua hari berikutnya akibat patah tangan dan kaki. – AFP

    Jorge Martin semasa hari pertama ujian pramusim MotoGP 2025 di Litar Antarabangsa Sepang, Sepang, kelmarin. – AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda