Ahad, 23 November 2025
27.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    Hina pengadil, José Mourinho diharamkan 4 perlawanan Eropah

    GENEVA, 22 JUN – José Mourinho telah digantung oleh UEFA daripada empat perlawanan Eropah, kelmarin, kerana menghina pengadil perlawanan akhir Liga Europa secara lisan di garaj stadium selepas Roma tewas kepada Sevilla.

    Rakaman diedarkan selepas perlawanan akhir jurulatih Roma pada 31 Mei menghampiri pengadil Inggeris Anthony Taylor di garaj di Budapest dan memanggilnya ‘disgrace’ dengan kata-kata makian.

    Roma tewas menerusi penentuan sepakan penalti kepada Sevilla selepas seri 1-1 yang merupakan peluang terakhir kelab Itali itu untuk layak ke Liga Juara-Juara musim depan. – AP

    Perbuatan Jose Mourinho menghina Anthony Taylor membuatkan beliau digantung sebanyak empat perlawanan Eropah. – AP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda