Sunday, December 22, 2024
26.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Joshua bertemu Ruiz Jr di New York

    NEW YORK, 2 Mei – Anthony Joshua akan mempertahankan gelaran heavyweightnya menentang petinju Amerika kelahiran Mexico, Andy Ruiz Jr di Madison Square Garden pada 1 Jun ini, promoter petinju British itu mengumumkan hari ini.

    Ruiz Jr, yang mencuba untuk menjadi juara dunia heavyweight Mexico, dipilih untuk menggantikan lawan Joshua, Jarrell Miller, yang dilarang daripada bertinju selepas gagal ujian dadah.

    “Saya benar-benar tidak sabar untuk menunggu pertarungan ini,” kata Ruiz dari California dalam satu kenyataan yang dikeluarkan oleh Matchroom Boxing.

    Beliau memetik petinju hebat Mexico Julio Chavez, juara dunia dalam beberapa kelas ringan dan bekas juara heavyweight dunia Mike Tyson, Evander Holyfield dan Lennox Lewis.

    “Ini adalah peluang saya untuk mencipta sejarah. Saya mahu menjadi salah seorang daripada mereka seperti Chavez, Tyson, Holyfield dan Lennox Lewis. Saya mahu dalam kategori itu.

    “Saya akan membawa balik gelaran itu kembali ke Mexico dan mengubah kehidupan seluruh keluarga saya, kehidupan saya dan kehidupan anak-anak saya.”

    Ruiz dalam 33 pertarungan profesionalnya telah menang 32 kali dan tewas hanya sekali dalam pertemuan menentang Joseph parker dari New Zealand.

    Joshua, 29, yang memenangi semua 22 pertarungannya, akan bertarung di Amerika Syarikat buat pertama kali dan akan mempertahankan talipinggang WBA, IBF dan WBO. – AFP

    Joshua akan menentang Andy Ruiz Jr di New York pada 1 Jun ini. – AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda