Sunday, May 11, 2025
26.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Joshua impikan gelaran dunia

    LONDON, 30 Mac – Gelaran juara tinju heavyweight dunia merupakan salah satu gelaran terbesar dalam sejarah sukan.

    Namun, ia merupakan gelaran sering menjadi kontroversi apabila meningkatnya beberapa badan sukan dalam beberapa tahun ini sejak prestasi menakjubkan Muhammad Ali apabila gelaran dunia itu ditarik semula pada akhir tahun 1960 kerana menolak untuk berkhidmat dengan tentera Amerika Syarikat dalam peperangan Vietnam.

    Tetapi situasi pada masa ini semakin jelas apabila juara Pertubuhan Tinju Dunia dan Persekutuan Tinju Antarabangsa, Anthony Joshua yang akan berdepan dengan pemegang gelaran Organisasi Tinju Dunia, Joseph Parker dari New Zealand esok.

    Seramai 78,000 penonton dijangka akan membanjiri Stadium Principality Cardiff.

    Pertarungan esok merupakan yang pertama kali antara dua juara heavyweight yang merebut gelaran di Britain dan siapa sahaja yang menang akan menghampiri untuk bertarung dengan Deontay Wilder, petinju Amerika yang kini memegang gelaran Majlis Tinju Dunia.

    Joshua mungkin akan menjadi pilihan para penganalisis tetapi dia berkata minggu ini: “Anda perlu berpegang teguh dengan semangat pencabar. Saya merasakan bahawa saya masih seorang pencabar. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda