Thursday, April 25, 2024
27.9 C
Brunei

    -

    Jota tandatangani perjanjian baharu

    LONDON, 2 OGOS – Diogo Jota telah menandatangani ‘perjanjian jangka panjang baharu’ bersama Liverpool, menurut pengumuman yang dikeluarkan oleh kelab gergasi Liga Perdana Inggeris itu hari ini.

    Tiada sebarang butiran terperinci didedahkan kepada media mengenai perjanjian penyerang Portugal itu, yang menyertai Liverpool dari Wolves pada 2020 dan dijangka akan kekal di Anfield sekurang-kurangnya sehingga 2027.

    Pemain berusia 25 tahun itu menjadi individu penting di Liverpool, meledak 34 gol dalam 85 penampilan setakat ini.

    Dia menjadi pemain utama ketika Liverpool terlepas memenangi empat trofi musim lalu selepas ketinggalan satu mata di belakang Manchester City untuk memenangi gelaran Liga Perdana dan tewas di pusingan akhir Liga Juara-Juara 1-0 kepada Real Madrid setelah memenangi Piala Liga dan Piala FA.

    Jota ketika ini diketepikan kerana kecederaan hamstring dan akan terlepas perlawanan pembukaan Liverpool menentang pendatang baharu ke Liga Perdana, Fulham pada Sabtu ini.

    Gambar bertarikh 6 Jun 2022 menunjukkan aksi Diogo Jota (kiri) semasa beraksi untuk pasukan kebangsaan Portugal. Jota telah menandatangani perjanjian jangka panjang baharu bersama Liverpool. – Xinhua

    “Saya sangat berbangga,” Jota memberitahu laman sesawang rasmi Liverpool.

    “Sejak tiba di sini dua tahun lalu, saya berjaya mengukuhkan kedudukan sebagai pemain penting dalam pasukan. Itu apa yang saya inginkan sejak mula.

    “Kini, menandatangani perjanjian jangka panjang baharu, jelas sekali kelab telah memberikan kepercayaan pada diri saya sebagai seorang pemain,” kata Jota.

    Jota akan menjadi sebahagian daripada jentera serangan Liverpool yang diperkuatkan lagi dengan ketibaan Darwin Nunez dan Luis Diaz.

    Mohamed Salah akan terus menjadi tunjang utama serangan, dengan Roberto Firmino boleh memberikan pilihan lain, namun Sadio Mane telah meninggalkan kelab untuk menyertai Bayern Munich. – AFP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gangguan bekalan elektrik, pelepasan air terawat Fukushima digantung

    TOKYO, 24 APRIL - Pelepasan air sisa terawat ke lautan dari loji nuklear Fukushima yang rosak telah digantung hari ini berikutan gangguan bekalan elektrik...