Oleh Syahmi Hassan
BANDAR SERI BEGAWAN, 29 JUN – Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA), Jabatan Perdana Menteri (JPM), hari ini, telah mengadakan majlis membaca Surah Yasin dan bertahlil di Kubah Makam Diraja, Jalan Tutong sempena sambutan jubli emas jabatan berkenaan.
Majlis bacaan Surah Yasin dan tahlil berkenaan adalah bagi Al-Marhum Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien, Al-Marhumah Duli Raja Isteri Pengiran Anak Damit dan Al-Marhum Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Haji ‘Abdul ‘Azim.
Hadir selaku tetamu kehormat ialah Menteri di JPM, Yang Berhormat Dato Seri Setia Haji Awang Abdul Mokti bin Haji Mohd Daud.
Turut hadir ialah Setiausaha Tetap (Perkhidmatan Awam, Kesejahteraan, Antarabangsa dan Media) di JPM, Awang Mohammed Riza bin Dato Paduka Haji Mohammed Yunos dan Pemangku Timbalan Setiausaha Tetap (Perkhidmatan Awam, Kesejahteraan, Antarabangsa dan Media) di JPM, Pengiran Haji Raffizanna bin Pengiran Haji Razali. Majlis tersebut juga dihadiri oleh Pemangku Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Dr Norfarizal bin Othman, pengarah-pengarah serta pegawai dan kakitangan JPA.
Mengetuai bacaan Surah Yasin dan tahlil ialah Imam Tingkat 1, Masjid Pehin Khatib Abdullah, Kampung Kulapis, Awang Abdul Najib Syazwan bin Shahrani.
