Sunday, September 8, 2024
22.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    JPAS siasat dakwaan Sungai Tuaran tercemar

    KOTA KINABALU, 1 ARPIL – Jabatan Perlindungan Alam Sekitar Sabah (JPAS) telah membuat pemeriksaan lapangan bagi menyiasat dakwaan berlaku pencemaran di Sungai Tuaran, dipercayai akibat penternakan khinzir seperti tular menerusi media sosial semalam.

    Pengarahnya, Vitalis Moduying berkata, pihaknya menerima aduan berhubung perkara itu semalam dan seterusnya mengambil langkah proaktif menjalankan pemeriksaan lapangan pada hari sama dengan kerjasama Jabatan Perkhidmatan Veterinar Sabah.

    “Pemeriksaan lapangan itu dijalankan di Kampung Bawang, Tamparuli. Pemeriksaan dan siasatan susulan sedang dibuat,” katanya yang dihubungi Bernama hari ini.

    Kelmarin, sebuah video sepanjang lebih lima minit, tular menerusi media sosial antara lain menunjukkan sisa dipercayai berpunca daripada aktiviti penternakan khinzir mengalir ke Sungai Tuaran, dan air sisa itu dikatakan berwarna hijau dan hitam sehingga berbau busuk.

    Sementara itu, Menteri Pembangunan Luar Bandar Sabah, Datuk Jahid Jahim yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Tamparuli, berkata pihak berkuasa berkaitan telah mengambil tindakan selanjutnya berhubung dakwaan berkenaan. – Bernama

    Gambar Freepik
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda