Oleh Pg Fairol RMF
BANDAR SERI BEGAWAN, 17 Mei – Jerudong Park & Country Club (JPCC) Sdn Bhd, hari ini, menyambut ulang tahun ketiga pelancaran semula Taman Permainan Jerudong (17 Mei 2014), pada majlis yang diadakan di Ibu Pejabat JPCC.
Sejak dilancarkan semula, Taman Permainan Jerudong kini menerima hampir 700,000 orang pelawat dan menyasarkan 1,000,000 pelawat pada tahun ini.
Majlis sambutan ulang tahun yang dihadiri lebih 40 orang kakitangan JPCC berkenaan telah dimulakan dengan bacaan Doa Kesyukuran diikuti dengan pemotongan kek yang diketuai oleh ahli-ahli Lembaga Pengarah JPCC, Hajah Rinah Moksin dan Hajah Rajwani binti Haji Maludin.
Sempena dengan sambutan ini, Taman Permainan Jerudong juga telah mengadakan acara ‘Ultimate Family Weekend’ yang dihadiri oleh lebih 15,300 pengunjung semasa acara tiga hari itu dijalankan pada 5 hingga 7 Mei lalu.
