Sunday, March 16, 2025
23.3 C
Brunei
  • Rileks Jap

Berita Terkini

JPCC terima sijil akreditasi KSSUP

Oleh Syahmi Hassan

BANDAR SERI BEGAWAN, 31 JAN – Jerudong Park Country Club Sdn Bhd (JPCC) telah menerima sijil akreditasi Kementerian Sumber-sumber Utama dan Pelancongan (KSSUP) atas garis panduan yang telah dipatuhi oleh Jerudong Park Adventure Kingdom bagi aktiviti-aktiviti kembara pelancongan dalam negara.

JPCC adalah salah satu organisasi tempatan yang menerima sijil berkenaan pada majlis yang berlangsung di Dewan Setia Pahlawan, KSSUP, baru-baru ini. Jabatan Kemajuan Pelancongan, KSSUP telah memperkenalkan Garis Panduan Aktiviti-aktiviti Pengembaraan Pelancongan Brunei Darussalam (BDTAAG) untuk dipatuhi oleh penyedia aktiviti-aktiviti pengembaraan.

Pengurus Besar JPCC, Hajah Siti Norzalena binti Pehin Orang Kaya Lela Raja Dato Seri Laila Jasa Haji Awang Abdul Rahman telah menghadiri majlis tersebut dan menerima pensijilan sebagai pengiktirafan pematuhan BDTAAG.

Manakala itu, Awang Mohammad Adi Ayazani bin Haji Mohd Salleh, Awang Wan Mohd Amirul Azizan dan Awang Mohd Syahmi Mu’izzuddin dari JPCC, masing-masing menerima sijil kerana telah menamatkan kursus penyelaras keselamatan anjuran Berjaya Aman, penyedia latihan yang diperakui oleh Autoriti Kebangsaan bagi Keselamatan, Kesihatan dan Alam Sekitar (SHENA).

Hajah Siti Norzalena bergambar ramai pada majlis yang berlangsung di Dewan Setia Pahlawan, KSSUP, baru-baru ini. – Gambar serahan JPCC
- Advertisment -

Berita Berkaitan

Disyorkan Untuk Awda