BANDAR SERI BEGAWAN, 2 JUN – Jabatan Pengangkutan Darat (JPD), Kementerian Pengangkutan dan Infokomunikasi memaklumkan bahawa perkhidmatan kaunter di Ibu Pejabat JPD dan semua cawangannya di keempat-empat daerah akan ditutup pada hari kelepasan awam sempena Hari Raya Aidilfitri tertakluk kepada hasil penglihatan Anak Bulan Syawal 1440 Hijrah.
Sekiranya 1 Syawal 1440H jatuh pada 5 Jun, maka perkhidmatan kaunter JPD akan ditutup mulai 5 hingga 8 Jun dan akan beroperasi seperti biasa pada 10 Jun 2019.
Sekiranya 1 Syawal 1440H jatuh pada 6 Jun, perkhidmatan kaunter JPD akan ditutup mulai 6 Jun hingga 10 Jun 2019 dan akan beroperasi semula pada 11 Jun.
Waktu beroperasi akan kembali seperti biasa iaitu pada sebelah pagi bermula pada jam 8 hingga 11:30 pagi dan sebelah petang mulai 1:30 hingga 3 petang.