Saturday, July 27, 2024
27.1 C
Brunei

    -

    JPD kemas kini perkhidmatan

    Oleh Salawati Haji Yahya –

    BANDAR SERI BEGAWAN, 19 JULAI – Jabatan Pengangkutan Darat (JPD) menjelaskan setiap kenderaan di jalan raya dikehendaki untuk mempunyai lesen kenderaan yang sah dan merujuk kepada Peraturan Lalu lintas Jalan Raya, 2007, dengan lesen kenderaan (road tax) hendaklah dipaparkan pada sudut kiri bawah cermin pelindung depan.

    JPD turut menjelaskan untuk memperbaharui lesen kenderaan bagi kenderaan yang berusia tujuh tahun ke bawah hendaklah mempunyai insurans kenderaan yang sah selaras dengan tempoh lesen kenderaan yang dipohonkan.

    Manakala itu, bagi kenderaan yang berusia tujuh tahun ke atas pula hendaklah mendapatkan sijil kelayakan kenderaan yang lulus dari stesen pemeriksaan kenderaan (VIS) yang diiktiraf oleh JPD, selain mempunyai insurans kenderaan yang sah selaras dengan tempoh lesen kenderaan yang dipohonkan.

    Kenderaan yang mencapai usia tujuh tahun adalah kenderaan yang diperkirakan bermula pada tarikh pendaftaran pertama dan ia boleh dirujuk dari buku atau kad pendaftaran kenderaan masing-masing dan ia boleh dipohonkan sebulan sebelum tarikh mansuh tempoh lesen kenderaan.

    Untuk memberi keselesaan kepada orang ramai membaharui lesen kenderaan mereka, JPD telah menyediakan perkhidmatan secara dalam talian di TransportBN dan Gov.bn selain menyediakan perkhidmatan melalui kaunter cawangan JPD atau pejabat Pos.

    Orang ramai boleh mencetak lesen kenderaan di JPD cawangan ibu pejabat Beribi, atau cawangan Kuala Belait, Mumong, Tutong dan juga Temburong.

    Sementara itu, bagi perkhidmatan mencetak lesen kenderaan di pejabat-pejabat pos adalah di cawangan Pejabat Pos Gadong, Pusat Pemprosesan Mel dan Bungkusan, Berakas,

    Pejabat Pos Muara, Pejabat Pos Seri Kompleks, Pejabat Pos Sengkurong, Pejabat Pos Seria dan Pejabat Pos Tutong.

    Manakala untuk menyemak sah laku lesen kenderaan orang ramai boleh melayari melalui aplikasi TransportBN dan jpd.gov.bn/lesen.

    Gambar Freepik

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Agensi cuaca Jepun keluarkan amaran strok haba

    TOKYO, 26 JULAI – Pegawai cuaca Jepun hari ini menggesa orang ramai mengambil langkah-langkah bagi mencegah strok haba ketika cuaca panas melampau dijangka melanda...