Sunday, May 11, 2025
29.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    JPD kesal kejadian Pos Kawalan Kuala Lurah

    Oleh Sim Y. H.

    BANDAR SERI BEGAWAN, 22 MEI – Jabatan Pengangkutan Darat (JPD), Kementerian Pengangkutan dan Infokomunikasi, ingin memaklumkan mengenai kejadian yang melibatkan beberapa buah kenderaan komersial beratur panjang di Pos Kawalan Kuala Lurah pada 20 Mei lalu.

    Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh JPD, di sini, jabatan berkenaan ingin memohon maaf atas sebarang kesulitan yang telah dialami oleh orang ramai yang berurusan dengan JPD pada hari berkenaan. Dalam pada itu, JPD ingin memaklumkan bahawa tindakan segera telah pun diambil bagi memastikan perkara seumpamanya tidak akan berulang lagi.

    Sehubungan itu, JPD sukacita ingin mengongsikan waktu operasi bagi pos-pos kawalan JPD iaitu bagi pos kawalan Kuala Lurah, Sungai Tujoh, Labu dan Ujung Jalan, tempoh masuk ialah pukul 6 pagi hingga 6 petang dengan waktu terakhir keluar ialah 3 petang.

    JPD juga ingin mengucapkan berbanyak terima kasih kepada orang ramai atas kerjasama dan maklumbalas yang telah diberikan.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda