Monday, October 2, 2023
23 C
Brunei

    -

    JPD perkenal Click and Bid

    Oleh Sim Y. H.

    BANDAR SERI BEGAWAN, 11 SEPT – Jabatan Pengangkutan Darat (JPD), Kementerian Pengangkutan dan Infokomunikasi memperkenalkan proses terbaharu dalam platform NomborKu iaitu Click and Bid, yang membolehkan orang ramai mengikuti tawaran tertutup tanda pengenalan kenderaan secara dalam talian dan telah dimulakan dengan siri BBC bermula 10 September.

    Click and Bid dilaksanakan secara dalam talian sepenuhnya melalui dua kaedah iaitu melalui laman sesawang www.nomborku.gov.bn dan melalui cawangan JPD dengan membuat pembayaran di kaunter yang tersedia di cawangan-cawangan JPD seterusnya membuat permohonan secara dalam talian melalui kiosk yang disediakan.

    Proses itu bertujuan untuk mempertingkatkan proses jabatan dalam penyampaian perkhidmatan kepada orang ramai bagi memudah cara mengikuti tawaran tertutup yang lebih telus dan tanpa memerlukan mereka hadir ke mana-mana cawangan JPD.

    Pada masa yang sama, ia turut mendukung transformasi digital jabatan ke arah objektif strategik 1 iaitu transformasi digital dalam Pelan Strategik Kementerian Pengangkutan dan Infokomunikasi 2025.

    Sehubungan itu, tawaran tertutup pengenalan kenderaan bagi tiga dan empat angka siri BBC dibukakan kepada orang ramai menggunakan proses Click and Bid.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Anda

    Ikan paus langgar bot, 1 maut, 1 cedera  

    SYDNEY, 1 OKT - Seorang lelaki maut dan seorang lagi cedera selepas seekor ikan paus melanggar sebuah bot di luar pantai timur Australia, kelmarin,...

    Singa baham tuan