Oleh Sim Y. H.
BANDAR SERI BEGAWAN, 1 Julai – Jabatan Pengangkutan Darat (JPD), Kementerian Perhubungan tidak ketinggalan untuk meraikan bulan Syawal bersama pelanggan dengan mengadakan Majlis Hari Raya Aidilfitri bersama para pelanggan yang berurusan dengan JPD di Ibu Pejabat JPD, Beribi, Jalan Gadong, kelmarin.
Hadir untuk sama-sama menceriakan lagi suasana sambutan ialah Pemangku Pengarah JPD, Pengiran Mohammad Amirrizal bin Pengiran Haji Mahmud.
Majlis diadakan untuk memeriahkan Sambutan Hari Raya Aidilfitri dengan penuh muhibah serta sebagai tanda penghargaan JPD kepada para pelanggan.
Ia juga dihasratkan untuk mengeratkan hubungan silaturahim dalam kalangan para pegawai dan kakitangan serta dengan para pelanggan.
