Saturday, July 27, 2024
31.8 C
Brunei

    -

    JPE kongsi punca gangguan bekalan elektrik

    Oleh Syahmi Hassan

    BANDAR SERI BEGAWAN, 25 OKT – Jabatan Perkhidmatan Elektrik (JPE), Jabatan Perdana Menteri telah mengongsikan maklumat terkini mengenai gangguan bekalan tenaga elektrik yang telah menjejaskan sebahagian besar pelanggan JPE di Daerah Brunei dan Muara, Tutong dan Belait pada 17 Oktober lalu bermula pukul 11:30 pagi.

    Berikutan dengan kejadian tersebut, JPE telahpun mengerahkan petugas-petugas teknikal di samping aset-aset yang berkenaan untuk mengawal impak daripada gangguan tersebut.

    Sehubungan dengan itu, bekalan tenaga elektrik telahpun pulih secara berperingkat bermula pukul 2:20 petang pada hari yang sama.

    Kebanyakan pelanggan telah menerima bekalan tenaga elektrik pada pukul 9:00 malam dan pemulihan sepenuhnya telah dicapai pada pukul 2:22 pagi.

    Siasatan awal telah mendapati bahawa terputusnya bekalan tenaga elektrik berkenaan adalah berpunca daripada gangguan Sistem Penghantaran 66kV yang seterusnya menjejaskan operasi stesen janakuasa JPE di Daerah Brunei Muara, Tutong dan Belait sahaja. Gangguan tersebut adalah disebabkan oleh kegagalan komponen pada salah satu pepasangan di Substesen 66kV Tungku.

    Pada masa ini, siasatan terperinci masih sedang dijalankan untuk mengenal pasti punca utama kegagalan tersebut, yang mana antara lain siasatan itu akan melibatkan penilaian keseluruhan kitaran hayat komponen yang terjejas.

    Pihak JPE juga membuat pemeriksaan terhadap pepasangan lain yang serupa, dan telah mengambil tindakan sewajarnya terhadap sebarang isu yang telah dikenal pasti setakat ini.

    Terdahulu, JPE memohon maaf kepada semua pelanggan-pelanggan yang terjejas atas kesulitan yang telah dialami dan ingin memaklumkan kepada orang ramai bahawa semua kerja-kerja pemulihan telahpun dijalankan mengikut prosedur keselamatan.

    JPE ingin mengucapkan berbanyak terima kasih kepada orang ramai di atas kefahaman dan kerjasama yang baik semasa kakitangan Jabatan melaksanakan tindakan mitigasi penting ini.

    JPE juga mengambil kesempatan menekankan komitmen dalam membekalkan bekalan tenaga elektrik yang berterusan dan selamat kepada semua pelanggannya.

    Sebahagian kawasan perumahan di Daerah Brunei dan Muara yang terjejas dengan gangguan bekalan elektrik. – Gambar serahan Amar Nabil
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sri Lanka adakan pilihan raya presiden pada 21 September

    COLOMBO, 26 JULAI – Suruhanjaya Pilihan Raya Sri Lanka mengumumkan pada Jumaat bahawa pilihan raya presiden negara itu akan diadakan pada 21 September, lapor...