Jumaat, 21 November 2025
24.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    JPES perkenalkan VID

    Oleh Salawati Haji Yahya

    BANDAR SERI BEGAWAN, 5 APRIL – Bagi meningkatkan akses kepada data bagi pengguna selaras dengan aspirasi digitalisation Kementerian Kewangan dan Ekonomi (MOFE), Jabatan Perancangan Ekonomi dan Statistik (JPES), telah memperkenalkan satu platfom data terbuka secara dalam talian iaitu Visual Interaktif Data (VID).

    Ini adalah usaha untuk mem-pertingkatkan penyampaian perkhidmatan melalui penggunaan teknologi.

    Menurut kenyataan yang dikeluarkan kelmarin, VID diperkenalkan seiring dengan usaha JPES dalam membekalkan maklumat penduduk mengikut taburan geografi memandangkan data taburan geografi adalah highly requested data.

    VID juga mengandungi maklumat berkaitan profil penduduk, isi rumah dan tempat kediaman.

    Ini adalah berdasarkan dapatan Banci Penduduk dan Perumahan (BPP) 2021 yang meliputi perangkaan ringkas seperti jumlah penduduk, isi rumah dan tempat kediaman yang didiami, nisbah jantina dan nisbah taraf penduduk mengikut taburan geografi negara ini di peringkat daerah, mukim dan kampung.

    Inisiatif ini disediakan untuk memperluas penyebaran statistik rasmi dengan menggalakkan pengguna mengakses agregat data penduduk, isi rumah dan tempat kediaman mengikut taburan geografi dengan lebih mudah.

    Maklumat terdapat dalam platform ini dihasratkan dapat membantu pengguna umum di dalam membuat perancangan, penyelidikan dan penyediaan dasar Visual Interaktif Data yang boleh diakses di pautan MOFE dan pengguna boleh melayari serta memuat turun data-data berkenaan dengan profil penduduk.

    VID tersebut akan dikemas kini dari semasa ke semasa.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda