Friday, February 28, 2025
32.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    JPI anjur taklimat kerjaya bidang perubatan

    Oleh Yusrin Junaidi

    BANDAR SERI BEGAWAN, 28 FEB – Dengan hasrat melahirkan rakyat yang berpendidikan tinggi, berkemahiran dan berjaya di samping untuk memupuk minat serta memberikan pendedahan awal mengenai hala tuju pendidikan, Jabatan Pengajian Islam (JPI), Kementerian Hal Ehwal Ugama (KHEU) dengan kerjasama Kementerian Kesihatan telah mengadakan Taklimat Kerjaya bagi pelajar-pelajar persekolahan Arab bertempat di Sekolah Ugama Arab Menengah Perempuan Raja Isteri Pengiran Anak Hajah Saleha, Kampung Katok kelmarin.

    Hadir selaku tetamu khas ialah Penolong Pengarah (Perkhidmatan Korporat), JPI, KHEU, Dayang Haslinah Susanti binti Haji Mohd Hassan.

    Taklimat kerjaya dalam bidang kedoktoran disampaikan oleh Konsultan Ortopedik, Pengiran Dr Noor Azmi bin Pengiran Dato Dr Haji Mohammad; Pakar Perubatan Akut, Dr Haji Mohd Athaailla bin Haji Mohd Abdullah; dan Doktor Gigi, Dr Amalina binti Kamis.

    Sementara taklimat dalam bidang kejururawatan pula disampaikan oleh pegawai-pegawai jururawat dari Kementerian Kesihatan yang terdiri daripada Awang Mohammad Azmirul Azmi bin Sallehuddin, Dayang Cathrina binti Haji Mohd Sigie Al-Islam, dan Dayang Sairah binti Haji Yanam. 

    Sesi soal jawab juga turut dibukakan semasa taklimat tersebut dan diteruskan dengan penyampaian cenderamata oleh tetamu khas majlis kepada penyampai-penyampai taklimat.

    Terdahulu, taklimat serupa juga telah diadakan di Mahad Islam Brunei, Tutong pada hari sebelumnya, yang dihadiri oleh Ketua Bahagian Pentadbiran, JPI, Hajah Noor Rasidah binti Haji Sharbini selaku tetamu khas majlis.

     Semua di atas: Suasana semasa taklimat berkenaan.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda