Friday, September 20, 2024
29.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    JPI KHEU semarak sambutan Hari Kebangsaan ke-40

    Oleh Yusrin Junaidi – 

    BANDAR SERI BEGAWAN, 29 FEB – Dalam menyemarakkan lagi Sambutan Ulang Tahun Hari Kebangsaan Negara Brunei Darussalam ke-40 (HK40), Jabatan Pengajian Islam (JPI), Kementerian Hal Ehwal Ugama (KHEU) telah menganjurkan Majlis Semarak Hari Kebangsaan di Dewan Sekolah Persediaan Arab Bandar Seri Begawan, hari ini.

    Hadir selaku tetamu khas ialah Pengarah Pengajian Islam, Haji Shamsol bin Haji Omar.

    Turut hadir ialah pengetua-pengetua sekolah Arab dan guru-guru besar sekolah-sekolah agama senegara.

    Majlis dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah dan Doa Selamat yang dibacakan oleh Haji Abdul Razak bin Haji Mohd Daud, sebelum diisikan dengan Bicara Sejarah bertajuk Perlembagaan Negara Brunei Darussalam 1959 yang disampaikan oleh Pengetua PSB, Dr Haji Muhammad Hadi bin Muhammad Melayong.

    Bicara Sejarah berkenaan bertujuan untuk memperingati tarikh pemasyhuran Perlembagaan Negara Brunei Darussalam pada 29 September 1959 dan dalam mendukung titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam agar rakyat dan penduduk negara ini mengenali sejarah negara termasuk sejarah Islam.

    Majlis turut disemarakkan dengan nyanyian lagu patriotik bertajuk Berkibarlah Bendera.

    Haji Shamsol hadir bersama tetamu lain pada majlis yang diadakan kelmarin. – GAMBAR SERAHAN KHEU
    Antara pelajar yang mengambil bahagian menyanyikan lagu patriotik ‘Berkibarlah Bendera’ pada majlis yang berlangsung di Dewan Sekolah Persediaan Arab Bandar Seri Begawan kelmarin. – GAMBAR SERAHAN KHEU

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda