Wednesday, July 16, 2025
24.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    JPI lanjutkan program keagamaan senegara

    Oleh Yusrin Junaidi

    BANDAR SERI BEGAWAN, 12 NOV – Jabatan Pengajian Islam (JPI), Kementerian Hal Ehwal Ugama hari ini meneruskan lagi Program Keagamaan Senegara Persekolahan Arab dan agama secara maya yang berlangsung serentak di seluruh negara.

    Acara dua sesi itu telah bermula pada pukul 8 pagi bagi sesi persekolahan sebelah pagi manakala bagi persekolahan agama sesi petang, acara bermula pada jam 2 petang.

    Majlis dimulakan dengan bacaan Selawat Tafrijiyah, Sayyidul Istighfar dan Surah Al-Fatihah diikuti bacaan Ratib Al-Attas beramai-ramai.

    Program diteruskan dengan membaca Doa Memohon Perlindungan daripada Wabak COVID-19 dan Doa Peliharakan Sultan dan Negara Brunei Darussalam.

    Gelombang kedua penularan wabak COVID–19 yang melanda Negara Brunei Darussalam ketika ini tidak menghalang warga sekolah Arab dan agama untuk meneruskan aktiviti seumpama ini.

    Antara yang hadir pada program keagamaan secara maya itu.
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda