KUCHING, 20 APRIL – Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) akan melakukan penyamaran sebagai penumpang bas terutamanya yang menuju ke destinasi jauh serta mengambil masa perjalanan yang panjang sempena Op Bersepadu yang bermula 19 hingga 27 April ini. Pengarah JPJ Sarawak, Norizan Jili berkata penyamaran ini dibuat secara rawak supaya pemandu bas di Sarawak berwaspada setiap masa

