BANDAR SERI BEGAWAN, 28 Feb – Sebagai sebahagian daripada usahanya untuk mengamalkan keselamatan dan kesihatan di tempat kerja dan dijadikan budaya bekerja dalam kalangan kakitangannya, Jabatan Percetakan Kerajaan (JPK) telah menganjurkan Minggu Kesedaran Keselamatan Tempat Kerja kali ketiga bermula 27 Februari lalu sehingga 6 Mac ini.
Menurut kenyataan yang diterima, antara program yang dilaksanakan semasa acara itu adalah kempen derma darah yang dianjurkan oleh Jabatan Perkhidmatan Makmal Klinikal termasuk taklimat Pengendalian Manual dan Ergonomik, Bantuan Kecemasan dan Keselamatan Kimia yang dikendalikan oleh Bahagian Kesihatan Pekerjaan, Kementerian Kesihatan.