Friday, May 16, 2025
31.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    JPKE adakan lawatan mengejut

    Oleh Imelda Groves HA

     

    BANDAR SERI BEGAWAN, 26 Dis – Jabatan Perancangan dan Kemajuan Ekonomi (JPKE), Jabatan Perdana Menteri melalui Jabatan Persaingan dan Hal Ehwal Pengguna baru-baru ini mengadakan pemeriksaan mengejut ke premis-premis perniagaan di persekitaran kawasan Jalan Muara dan Pekan Muara di Daerah Brunei dan Muara.

    Ia merupakan kesinambungan kepada pemeriksaan-pemeriksaan seumpamanya di semua daerah di negara ini, bertujuan memastikan harga barangan terkawal di bawah Akta Kawalan Harga, Penggal 142, termasuk harga minyak masak dan susu tepung berformula, tidak melebihi harga maksimum yang ditetapkan, manakala beras pula tidak dijual melebihi harga subsidi yang ditetapkan.

    Menurut kenyataan yang dikeluarkan JPKE di sini hari ini, pemeriksaan dihasratkan dapat memastikan pematuhan terhadap Peraturan-peraturan Kawalan Harga (Harga Jualan Murah) serta Perintah Kawalan Harga (Paparan Tanda Harga).

    Ia juga bertujuan memantau harga barangan tertentu tersenarai dalam perubahan kadar-kadar duti import kastam dan duti eksais, Jabatan Kastam dan Eksais Diraja, Kementerian Kewangan seperti minuman yang mengandungi gula berlebihan, Monosodium Glutamate (MSG) dan tayar kenderaan bermotor penumpang.

    Pemeriksaan diketuai oleh Pemangku Setiausaha Tetap (Ekonomi dan Kewangan) di Jabatan Perdana Menteri, Pengiran Hajah Siti Nirmala binti Pengiran Haji Mohammad.

    Pihak JPKE ketika membuat pemeriksaan mengejut ke syarikat tayar kenderaan bermotor penumpang di Jalan Muara.

    Turut serta ialah Pemangku Timbalan Ketua Pengarah JPKE, Haji Asrul Adrain bin POKSPDSS Dr Haji Ahmad.

    Semasa pemeriksaan mengejut itu, satu notis amaran dan satu kompaun tidak melebihi $1,000 telah dikeluarkan masing-masing kepada dua buah syarikat perniagaan yang didapati melakukan kesalahan di bawah Akta Kawalan Harga, Penggal 142 dan peraturan-peraturan di bawahnya iaitu meletakkan harga yang melebihi harga maksimum bagi minyak masak dan susu tepung berformula. Bagi kesalahan seterusnya, peniaga-peniaga boleh dikenakan denda sebanyak $5,000 dan penjara 2 tahun atau denda sebanyak $20,000 dan penjara 5 tahun bagi kesalahan berulang oleh mahkamah.

    Pada pemeriksaan tersebut, pihak JPKE juga menerangkan mengenai 22 barangan yang tersenarai dalam akta barangan kawalan harga kepada para peniaga.

    Barangan-barangan tersebut termasuklah beras (Thai Hom Mali, beras Thai, dan beras pulut) gula putih, halus, pasir, tebu dan bijian halus), tepung gandum,susu tepung berformula,susu (pekat dan cair), rokok dan tembakau, Motor gasoline Premium 97, Motor gasoline Super 92, Motor gasoline Regular 85, minyak gas automatif (minyak Diesel), kerosin dua tujuan, gas petroleum cecair, minyak masak (kanola, jagung, palma, sayur, bunga matahari dan kacang soya), bar tetulang, pasir, batu (agregat ¾), simen, bitumen, asfalt, konkrit siap campur, bata (tanah liat) dan kenderaan bermotor penumpang.

    Menurut kenyataan itu lagi, JPKE menetapkan harga maksimum bagi empat jenis barangan iaitu minyak masak, susu tepung berformula, kenderaan bermotor penumpang dan bata tanah liat.

    Harga barangan asasi seperti beras dan gula yang merupakan barangan subsidi ditetapkan oleh Bahagian Perbekalan dan Stor, Jabatan Perbendaharaan, Kementerian Kewangan.

    Barangan yang tersenarai di dalam akta ini akan dikaji dari semasa ke semasa.

    Manakala, barangan selain daripada yang tersenarai dalam akta adalah ditentukan harganya oleh peniaga melalui bekalan (supply) dan permintaan (demand) dalam pasaran.

    Meskipun pemantauan dibuat oleh JPKE, pengguna bagaimanapun dinasihatkan untuk membuat perbandingan harga dan memilih yang terbaik.

    Ini bagi memastikan dan mengekalkan persekitaran perniagaan yang sihat dan adil di negara ini. Orang ramai juga dinasihatkan mengamalkan konsep ‘Pengguna Bijak’ melalui perbandingan harga sebelum membuat sebarang pembelian.

    Sebarang pertanyaan atau maklum balas, orang ramai dinasihatkan untuk berhubung terus dengan JPKE melalui aplikasi mudah alih PenggunaBijak/SmartConsumer atau menghubungi JPKE di talian 2230223 (waktu pejabat), e-mel kepada aduanpengguna@jpke.gov.bn atau consumercomplaint@jpke.gov.bn, Facebook www.facebook.com/AduanPenggunaJPKE atau Terus ke pejabat JPKE di Jabatan Persaingan dan Hal Ehwal Pengguna, Bilik 3.06, Tingkat 3, West Wing, Jabatan Perancangan dan Kemajuan Ekonomi,Blok 2A, Jalan Ong Sum Ping, BA1131, Negara Brunei Darussalam.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda

    https://old.amactechnologies.com/wp-content/bandarqq/ https://old.amactechnologies.com/wp-content/dominoqq/ https://old.amactechnologies.com/wp-content/pkv-games/ https://techradar.id/file/bandarqq/ https://techradar.id/file/dominoqq/ https://techradar.id/file/pkv-games/ https://hrm1.karyapemuda.com/htdocs/bandarqq/ https://hrm1.karyapemuda.com/htdocs/dominoqq/ https://hrm1.karyapemuda.com/htdocs/pkv-games/ https://oilpalmconsultant.co.id/htdoc/bandarqq/ https://oilpalmconsultant.co.id/htdoc/dominoqq/ https://oilpalmconsultant.co.id/htdoc/pkv-games/ http://files.follettcommunity.com/index.html http://files.follettcommunity.com/bandarqq/index.html http://files.follettcommunity.com/dominoqq/index.html pkv games https://portal-previsional.uct.cl/bandarqq/ https://portal-previsional.uct.cl/dominoqq/ https://mypds.co.id/sistem/bandarqq/ https://mypds.co.id/sistem/dominoqq/ https://mypds.co.id/sistem/pkv-games/ https://konsultansekolah.id/assets/bandarqq/ https://konsultansekolah.id/assets/dominoqq/ https://fcpharmaceutical.com/puki/bandarqq/ https://fcpharmaceutical.com/puki/dominoqq/ https://alexacmobil.com/wp-includes/bandarqq/ https://alexacmobil.com/wp-includes/dominoqq/ https://alexacmobil.com/wp-includes/pkv-games/ https://portal.mzuni.ac.mw/bandarqq/ https://portal.mzuni.ac.mw/dominoqq/ https://portal.mzuni.ac.mw/pkv-games/ https://www.asteroidmission.org/htdocs/bandarqq/ https://www.asteroidmission.org/htdocs/dominoqq/ https://www.asteroidmission.org/htdocs/pkv-games/ https://sumbangan.yayasanwp.org.my/wp-includes/bandarqq/ https://sumbangan.yayasanwp.org.my/wp-includes/dominoqq/ https://sumbangan.yayasanwp.org.my/wp-includes/pkv-games/ https://www.issm.gov.mz/wp-includes/bandarqq/ https://www.issm.gov.mz/wp-includes/dominoqq/ https://www.issm.gov.mz/wp-includes/pkv-games/ https://jepang-indonesia.co.id/wp-includes/js/bandarqq/ https://jepang-indonesia.co.id/wp-includes/js/dominoqq/ https://jepang-indonesia.co.id/wp-includes/js/pkv-games/ https://www.bapelkesmataram.id/wp-content/uploads/bandarqq/ https://www.bapelkesmataram.id/wp-content/uploads/dominoqq/ https://www.bapelkesmataram.id/wp-content/uploads/pkv-games/ https://www.arfisioterapia.it/wp-includes/bandarqq/ https://www.arfisioterapia.it/wp-includes/dominoqq/ https://www.arfisioterapia.it/wp-includes/pkv-games/ https://maintance.nexxus.ir/tmt/bandarqq/ https://maintance.nexxus.ir/tmt/dominoqq/ https://maintance.nexxus.ir/tmt/pkv-games/ https://vision-dmd.info/wp-includes/bandarqq/ https://vision-dmd.info/wp-includes/dominoqq/ https://vision-dmd.info/wp-includes/pkv-games/ https://hestiaistiviani.com/docs/bandarqq/ https://hestiaistiviani.com/docs/dominoqq/ https://hestiaistiviani.com/docs/pkv-games/ https://media.otoinfo.id/htdocs/bandarqq/ https://media.otoinfo.id/htdocs/dominoqq/ https://media.otoinfo.id/htdocs/pkv-games/ https://maktabahalbakri.com/wp-includes/bandarqq/ https://maktabahalbakri.com/wp-includes/dominoqq/ https://maktabahalbakri.com/wp-includes/pkv-games/ https://fpboreholes.co.uk/ http://media5.devm.wgt.com/index.html https://myo-seq.org/docs/bandarqq/ https://ginewstvinvestigasi.com/idn-poker/ http://asset.questex.com/index.html http://download.s-cute.com/index.html https://www.blue-pangolin.net/try/parlay/ http://videos.eu.cdn.darebusters.com/index.html http://origin-www.meiamaratonasaopaulo.com.br/index.html https://pgri.or.id/wp-content/uploads/bandarqq/ https://pgri.or.id/wp-content/uploads/dominoqq/ https://pgri.or.id/wp-content/uploads/pkv-games/ https://gempita.co/wp-content/bandarqq/ https://gempita.co/wp-content/dominoqq/ https://gempita.co/wp-content/pkv-games/ bandarqq dominoqq pkv games bandarqq dominoqq pkv games https://cste.sut.ac.th/QRcode/masterFile/