Sabtu, 22 November 2025
29.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    JPM adakan majlis dikir

    Oleh Syahmi Hassan – 

    TUTONG, 20 SEPT – Jabatan Perdana Menteri (JPM) dan jabatan-jabatan di bawahnya kelmarin meneruskan Majlis Dikir Sambutan Maulud Nabi Muhammad SAW di Masjid Ar-Rahim, Kampung Bukit Panggal, Daerah Tutong.

    Hadir selaku tetamu kehormat majlis ialah Timbalan Menteri (Tenaga), Dato Seri Paduka Haji Matsatejo bin Sokiaw.

    Turut hadir ialah pemangku setiausaha tetap, pegawai-pegawai dan kakitangan JPM dan jabatan-jabatan di bawahnya.

    Majlis telah dimulakan dengan sembahyang fardu Maghrib berjemaah dipimpin oleh Imam Masjid Ar-Rahim, Haji Kamaluddin bin Haji Abdul Rahman sebelum diikuti dengan bacaan Surah Al-Fatihah dan diserikan dengan bacaan Dikir Assalamualaika serta Dikir Syarafil Anam oleh kumpulan dikir Pasukan Polis Diraja Brunei (PPDB).

    Majlis diteruskan dengan sembahyang fardu Isyak berjemaah, diikuti dengan Dikir Marhaban, bacaan doa memohon kepada Allah SWT agar negara terselamat daripada bala bencana dan segala jenis penyakit serta bacaan Doa Peliharakan Sultan dan Negara Brunei Darussalam.

    Majlis diakhiri dengan penyerahan sumbangan wakaf oleh tetamu kehormat majlis kepada Imam Masjid Ar-Rahim.

    Acara keagamaan tersebut diadakan untuk sama-sama menyemarakkan lagi Sambutan Maulud Nabi Muhammad SAW bagi tahun ini, di samping mengenang jasa dan pengorbanan Baginda dalam menyebarkan syiar agama Islam serta bagi menzahirkan rasa cinta dan kasih kepada junjungan besar Nabi Muhammad SAW.

    Majlis dikendalikan bersama Pejabat Wawasan Brunei dan Sekretariat Tetap Manpower Planning and Employment Council dengan kerjasama Jabatan RTB.

    Dato Seri Paduka Haji Matsatejo hadir selaku tetamu kehormat majlis. – Gambar serahan JPM
    Gambar serahan JPM

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda