Sunday, December 22, 2024
26.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    JPM anjur Doa Kesyukuran Jubli Emas

    Oleh Yusrin Junaidi

     

    BANDAR SERI BEGAWAN, 9 Okt – Jabatan Perdana Menteri (JPM) dan jabatan-jabatan di bawahnya telah mengadakan Majlis Doa Kesyukuran sempena Sambutan Jubli Emas Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam Menaiki Takhta yang diadakan di Masjid Ash-Shaliheen, di sini, hari ini.

    Majlis yang dikelolakan bersama oleh Jabatan Mufti Kerajaan, Jabatan Percetakan Kerajaan, Jabatan Radio Televisyen Brunei dan Jabatan Penerangan itu dihadiri oleh Mufti Kerajaan, Yang Berhormat Pehin Datu Seri Maharaja Dato Paduka Seri Setia (Dr.) Ustaz Haji Awang Abdul Aziz bin Juned selaku tetamu kehormat majlis.

    Turut hadir ialah Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Dato Seri Paduka Haji Hamdan bin Haji Abu Bakar dan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Dato Seri Paduka Haji Mohd Roselan bin Haji Mohd Daud.

    Majlis dimulakan dengan Sembahyang Fardu Asar berjemaah yang diimamkan oleh Imam Masjid Ash-Shaliheen, Awang Anuar bin Haji Salim.

    Mufti Kerajaan semasa Majlis Doa Kesyukuran JPM sempena Jubli Emas.
    Antara warga JPM yang menghadiri majlis tersebut.

    Majlis kemudiannya diikuti dengan bacaan Surah Al-Waqiah, Surah Al-Mulk dan Tahlil serta bacaan Doa Kesyukuran sempena Sambutan Jubli Emas Kebawah Duli Yang Maha Mulia Menaiki Takhta.

    Majlis Doa Kesyukuran ini adalah bagi melahirkan tanda kesyukuran atas kepimpinan Baginda dan seterusnya memanjatkan doa ke hadrat Allah S.W.T semoga Kebawah Duli Yang Maha Mulia dilanjutkan usia, sihat walafiat dan kekal karar memerintah negara dengan panduan dari Allah S.W.T.

    Turut menyemarakkan majlis itu ialah Ketua Hakim Syarie, Hakim Mahkamah Rayuan Syariah, Juruaudit Agung, pengerusi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam, setiausaha-setiausaha tetap; timbalan-timbalan setiausaha tetap, ketua-ketua jabatan serta pegawai-pegawai dan kakitangan JPM dan jabatan-jabatan di bawahnya.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda