Wednesday, February 12, 2025
29.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    JPM anjur majlis sambutan Israk Mikraj

    Oleh Sim Y. H. – 

    BANDAR SERI BEGAWAN, 11 FEB – Jabatan Perdana Menteri (JPM) dan jabatan-jabatan di bawahnya mengadakan Majlis Sambutan Israk dan Mikraj bagi tahun 1446 Hijrah yang berlangsung di Dewan Bankuet, JPM, hari ini.

    Hadir selaku tetamu kehormat pada majlis berkenaan ialah Menteri di JPM dan Menteri Pertahanan Kedua, Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Halbi bin Haji Mohd Yussof.

    Juga hadir pada majlis berkenaan ialah timbalan-timbalan menteri di JPM, Pesuruhjaya Kehakiman Mahkamah Besar, hakim-hakim Mahkamah Tinggi Syariah, setiausaha-setiausaha tetap, timbalan setiausaha tetap, jemputan-jemputan khas, ketua-ketua jabatan serta pegawai-pegawai dan kakitangan JPM dan jabatan-jabatan di bawahnya.

    Majlis dimulakan dengan bacaan Surah Al- Fatihah yang dipimpin oleh Pegawai Hal Ehwal Masjid, Masjid Ash-Shaliheen, Haji Mohd Izzat Izzuddin bin Begawan Pehin Khatib Dato Paduka Haji Emran diikuti dengan bacaan Al-Quran Surah Al-Isra’ ayat 9-15 dibacakan oleh Ahli Unit Pengawasan Kejiranan, Balai Polis Bandar Seri Begawan, Pasukan Polis Diraja Brunei (PPDB), Lans Koperal (LCPL) 5849 Ahmad Raihaan bin Begawan Mudim Haji Matassim.

    Majlis diteruskan dengan Selawat Tafrijiyyah dan Selawat Ibrahimiyah beramai-ramai yang dipimpin oleh Kumpulan Nasyid Bahagian Ugama Islam, PPDB. Sejurus bacaan selawat, acara diteruskan dengan ceramah khas bertajuk, Sembahyang Mencerdaskan Minda, yang disampaikan oleh Pegawai Tugas-tugas Khas Tingkat II, Unit Kaunseling dan Kefahaman Agama, Kementerian Hal Ehwal Ugama, Awang Muhammad Yussof bin Haji Abdul Majid.

    Acara sambutan kali ini dipengerusikan oleh Bahagian Sekuriti dan Undang-undang, JPM dan Radio Televisyen Brunei (RTB) selaku pengendali majlis.

    Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Halbi hadir pada Majlis Sambutan Israk dan Mikraj di Dewan Bankuet, JPM, kelmarin. – GAMBAR SERAHAN RTB
    Antara yang hadir majlis tersebut. – GAMBAR SERAHAN RTB

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda